Banjir | MPP perlu tampil dengan pelan induk tebatan banjir

2023-01-03 0

Hujan lebat berpanjangan seringkali beri ancaman banjir buat sesetengah kawasan perumahan dan lot komersial di sekitar Kuching.

Meskipun ada tindakan responsif - meminta dana tambahan bagi melaksanakan projek tebatan banjir, Majlis Perbandaran Padawan (MPP) bagaimanapun belum ada pelan jelas untuk mengatasi masalah itu.

Tegas, Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen, pelan induk itu perlu diwujudkan kerana ia memperincikan bagaimana isu itu sepatutnya diatasi, selain memudahkan wakil rakyat meminta dana yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi saban tahun itu.